APABILA melihat sejarah negara yang dilakarkan bermula Mei 2018, tiga orang Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal dan 3 gagasan yang dibawa dimana 22 dibawa kerajaan PH (Tun Mahathir Mohamad - PPBM, DAP, PKR, AMANAH, WARISAB), PN (Muhyiddin Yasin - PPBM, PAS, GERAKAN, GPS) hanya 17 bulan dan kini diterajui oleh Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional (BN) dengan gagasan keluarga Malaysia.
Perkara ini secara kebetulan atau satu kegagal mereka dimana menang pilihanraya secara FITNAH dan janji-janji (manifesto) kosong kepada rakyat tanpa ditunaikan oleh PH dan juga PN.
PH yang didominasi oleh DAP dan banyak dasar-dasar yang dibawa mereka menidakkan hak-hak keistimewaan orang melayu sepertimana termaktud dalam perlembagaan negara dan secara langsung mengugat keharmonian agama dalam negara.
Manakala Muhyiddin hanya mampu bertahan selama tujuh belas bulan sahaja sebagai perdana menteri dan akhirnya terpaksa undur diri akibat majoriti ahli parlimen hilang kepercayaan kepadanya.
Rakyat sendiri yang melabelkan Muhyiddin sebagai ‘Perdana Menteri yang GAGAL’ kerana sepanjang tempoh menjalankan tugas tersebut, Muhyiddin gagal menguruskan rakyat dan negara.
Lebih-lebih lagi di saat negara dan dunia mengharungi cabaran pandemik Covid19 yang mana beliau mengadakan DARURAT separa masak mengakibatkan sektor ekonomi gagal berfungsi dengan baik.
Semasa DARURAT juga kerajaan dibawah Muhyiddin telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM600 bilion dan wang tersebut dibelanjakan kemana? Tiada impak yang positif diatas perbelanjaan yang begitu besar dilakukan ketika itu.
Malah Muhyiddin gagal menjadi rakan yang baik dalam sebuah kerajaan Campuran. Beliau gagal menjadi sahabat yang setia kepada rakan-rakan parti dalam kerajaan dari zaman PH dimana beliau keluar dari gabungan tersebut setelah mengkhianati mereka lalu menubuhkan kerajaan PN.
Kini beliau mengkhianati pula kerajaan Keluarga Malaysia walaupun Muhyiddin merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan gagal melaksanakan fungsi tersebut.