SELAMA 17 bulan Perikatan Nasional (PN) yang didokongi oleh PPBM, PAS, GERAKAN, SAPP, STAR, GRS dan menjadi kerajaan persekutuan banyak kerosakan yang telah dilakukan kepada negara dan rakyat.
Kelangsung dari pecahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah mentadbir selama 22 bulan selepas PRU 14, PPBM telah membuat pengkhianatan dan kesepakatan baru dengan tertubuhnya PN bagi meneruskan agenda PH 2.0 dengan diketuai oleh Muhyiddin Yasin.
Buktinya dasar kerajaan PH dahulu turut dibawa oleh PN dalam mentadbir negara dimana mereka mengekalkan sebahagian besar menteri kabinet kerajaan dari PH dalam pentadbiran PN selama 17 bulan memerintah negara.
PN yang diketuai PPBM dan PAS nyata GAGAL melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat kerana tidak berupaya menangani krisis kesihatan negara dengan melakukan DARURAT yang tiada kesudahannya dan mengakibatkan KRISIS EKONOMI kepada negara.
https://www.malaysia-hot.com/2022/09/muhyiddin-perompak-duit-rakyat-tidak.html
Sebagaimana yang kita tahu “Lockdown” separa masak yang panjang telah menyebabkan punca rezeki ramai rakyat Malaysia terjejas teruk. Muhyiddin telah buka dan tutup “lockdown” tersebut silih berganti sehingga memburukkan ekonomi negara.
Disebabkan keGAGALan Muhyiddin membawa rakyat dan negara keluar dari krisis tersebut, maka UMNO dan BN mengambil langkah segera menarik sokongan kepada Muhyiddin dan menubuhkan kerajaan yang baharu dengan perkenan YDP AGONG pada tanggal 21 Ogos 2021 lalu.
Dengan perlantikkan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM ke 9 negara, beliau dengan kebijaksanaan dan kepimpinan utama negara yang baru terus membuat perubahan yang berkesan dengan menamatkan DARURAT yang tidak berkesudahan sebelum itu.
Membawa satu gagasan baharu “Keluarga Malaysia”, Ismail Sabri telah memberhentikan dan menamatkan ‘Lockdown’ dan sekaligus membuka peluang untuk rakyat melakukan kerja harian yang sebelum ini disekat oleh Muhyiddin yang juga PM ke 8 negara.
Malah PM Ismail Sabri memberi jaminan tidak akan ada lagi “Lockdown”. Dengan itu, pelabur dan peniaga berani membuka perusahaan mereka dan memberi peluang kerja kepada rakyat untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga.
Dalam masa yang sama juga, isu KWSP yang dimohon rakyat semasa era Muhyiddin menjadi PM dan ianya disekat dengan tiada kata putus dari pentadbirannya juga telah dibenarkan pengeluaran semasa Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran negara.
Dengan kebenaran pengeluaran KWSP yang dimohan rakyat sebelum itu dan dibawah kepimpinan PM Ismail Sabri sekaligus dapat dilihat pergerakan ekonomi negara semakin pulih dan ditambahkan dengan keyakinan para pelabur untuk terus membuka operasi mereka sehingga hari ini.
Tiada siapa dapat menafikan perbezaan yang ketara diantara zaman kerajaan Ismail Sabri dengan kerajaan Muhyiddin. Rakyat mampu hidup dengan lebih baik dengan bantuan yang disalurkan terus kepada mereka.
Ketika Muhyiddin memerintah rakyat menderita kebuluran, berada dalam tekanan kehidupan dan ada yang mengambil tindakan membunuh diri. Mereka terpaksa ikat perut apabila dinafikan hak untuk mencari rezeki.
Pemimpin yang bernama Ismail Sabri yang membuka segala kekangan yang Muhyiddin paksa rakyat lalui ketika itu dan pada tika ini juga kerajaan Ismail Sabri mampu melangkah lebih baik dari kerajaan PH serta PN sebelum ini.
Kestabilan politik dan kehidupan rakyat yang lebih selesa dengan keupayaan ekonomi rakyat untuk meneruskan kehidupan hari ini menjadi agenda utama kerajaan keluarga Malaysia dan negara.
Mujur DSIS jadi PM, buka semula ekonomi. Tarik pelaburan
sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi
tempoh 9 bulan.
Melalui Bajet 2022, PM juga telah memperkenalkan program
Semarak Niaga berjumlah RM40 bilion untuk membantu usahawan dan perniagaan bina
semula punca rezeki mereka.
Ini juga dilengkapi oleh inisiatif Jamin Kerja dengan
peruntukan berjumlah RM4.8 bilion untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi
seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas.
Hasil daripada ini, pengangguran turun 12 bulan
berturut-turut setelah DSIS jadi PM kepada 3.8% dan jumlah status bekerja naik
sekitar 600,000 dari Ogos 2021 hingga Julai 2022. Malah, jualan barangan borong
dan runcit juga meningkat dengan kadar tertinggi sepanjang tahun ini. Kadar
muflis juga menurun tahun ini.
Kalau Tan Sri Muhyiddin? Lockdown sampai bila? Nak kerja atau berniaga macam mana? Nak dapat pendapatan macam mana?