POSTER BOY BN UNTUK PRU 15 AKAN MEMBERI KEYAKINAN TAMBAHAN KEPADA RAKYAT


BERMULANYA pilihanraya UMUM (PRU) ke 12, kebanyakan parti yang bertandingan dalam PRU akan menampilkan wakil mereka yang diyakini dapat menarik minat rakyat atau pengundi untuk membuang undi kepada parti mereka.

Ianya diberikan nama sebagai ‘POSTER BOY’ bagi parti berkenaan sekaligus membei pilihan kepaa rakyat dan pengundi untuk membuat keputusan akhir sebelum hari membuang undi dengan menampilkan seseorang untuk mewakili parti sekaligus memenangkan pilihanraya.

Kita pernah melihat dalam pilihanraya negeri (PRN) di Melaka dan Johor dimana semua parti bertanding meletekkan Poster Boy masing-masing bagi menarik undi rakyat dan juga janji-janji (manifesto) yang diyakini dapat menarik minat pengundi untuk memilih parti mereka.

Pada ketika itu, Perikatan Nasional (PN) menggunakan tubuh badan Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai poster boy dalam 2 PRN sebelum ini manakala Pakatan Harapan (PH) menggunakan tubuh bada Presiden PKR sebagai poster boy mereka.

 UMNO dan BN tidak terlepas ketika itu menggunakan poster boy di PRN Melaka YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan bagi PRN Johor YAB Dato' Ir. Haji Hasni Mohammad dan Berjaya memenangi PRN dengan majority 2/3 kerusi dewan undangan negeri masing-masing.

Dalam konteks yang sama UMNO dan BN kali ini untuk menghadapi PRU ke 15 juga telah mempersiapkan Poster Boy mereka dimana pemilihan tersebut mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi dan UMNO dan BN sekaligus menamakan Perdana Menteri hari ini YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

UMNO BN kini mempunyai kelebihan berbanding dengan parti politik yang lain kerana di dalam masa hampir 4 tahun selepas pilihanraya umum ke 14, tiga orang Perdana Menteri menerajui negara.

Mahathir gagal kerana kerenah bersama kerajaannya sendiri, Muhyiddin yang memggantikan Mahathir juga gagal kerana hilang kepercayaan dari majoriti ahli parlimen.

Kini setelah setahun Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin yang gagal menguruskan pendamik C19 lalu dan rakyat boleh menjadi saksi siri kejayaan pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Ismail Sabri.

Kejayaan menguruskan penularan virus covid19 dan meletakkan kembali ekonomi negara di tempat yang sepatutnya akibat daripada virus membunuh tersebut.

Bukan itu sahaja, Ismail Sabri sebelum ini telah menunjukkan bukti bahawa beliau adalah Menteri yang tidak pernah menimbulkan masalah di lima kementerian yang pernah dijaganya serta memberi impak yang sangat baik kepada rakyat ketika itu.

Pemilihan Ismail Sabri sangat tepat sebagai POSTER BOY Barisan Nasional bagi menghadapi PRU ke 15 nanti.

BUKTINYA SUDAH ADA, SETAHUN MENJADI PM PELBAGAI SIRI KEJAYAAN NEGARA DILAKARKAN OLEH BELIAU DAN KEPIMPINAN KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA.

 

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.