SERANGAN BERALIH ARAH KEPADA PEGAWAI DI PMO, ISMAIL SABRI TERBUKTI DISUKAI RAKYAT

 


BANYAK rekayasa yang sedang didendangkan oleh musuh-musuh politik terutamanya pada Perdana Menteri yang mana memegang jawatan nombor satu negara hari ini bukan satu perkara yang mudah dan ianya boleh datang dalam bentuk fitnah dan cerita donggeng bagi menjatuhkan seseorang pemerintah dan juga parti yang memerintah.

Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terlepas dari perbuatan tersebut dan selama setahun memimpin serta memacu negara hari ini, pelbagai fitnah dan rekayasa dibuat untuk menjatuhkan beliau.

Serangan dan rekayasa fitnah tidak dapat menembusi diri Ismail Sabri dan Isteri kerana beliau ketika ini berada dilandasan yang tepat apabila disukai oleh semua lapisan rakyat negara dengan pelbagai tindakan dan perbuatannya  selama satu tahun menjadi PM dan hanya untuk membantu rakyat.

Ketika ini serangan itu terarah pula kepada pegawai-pegawai beliau dimana mahu memberi tekanan kepada PM Ismail Sabri  yang mana hanya bermotifkan politik apabila dilihat tidak ada liabiliti dan banyak keputusan beliau mendapat sokongan rakyat.

Maka, pegawai di PMO menjadi sasaran musuh politik. Tak dapat dinafikan serangan paling kuat dihalakan kepada KSUS Perdana Menteri. Pelbagai fitnah dilemparkan kepada beliau.

KSUS digambarkan berkuasa penuh hingga melebihi kuasa Perdana Menteri. Bagi mereka yang bekerja di jabatan Kerajaan, mahupun Pejabat Menteri akan tahu bahawa KSUS bukanlah jawatan yang boleh melangkaui kuasa Menteri mahupun Perdana Menteri.

Apa sahaja surat yang sampai dari pegawai Perdana Menteri ke Menteri hanya akan diputuskan oleh Menteri dan dalam keputusan melibatkan kelulusan kewangan, hanya Menteri Kewangan sahaja berkuasa penuh. Hatta jika Perdana Menteri pun tiada kuasa menentukan apa-apa sahaja nilai bagi sesuatu kerja.

Dalam kebanyakan hal, yang menguruskan jadual adalah SUSK. Hubungan kerja dengan penjawat awam juga diselia oleh SUSK dan dengan keadaan suhu politik yang sedang meningkat ini, Setiausaha Politik mainkan peranan yang sangat penting.

Jika nak diukur dari segi pengaruh, pengaruh Setiausaha Politik atau Setpol ini lebih besar dari SUSK ataupun KSUS.

Tetapi disebabkan SUSK, KSUS yang selalunya ditugaskan untuk menulis surat kepada agensi Kerajaan, maka lebih mudah menjadi bahan fitnah mereka hari ini.

Oleh itu, rekayasa yang selama ini telah dijadikan bahan untuk menjatuhkan seseorang harus dihentikan dan mereka seharusnya bersama-sama dengan PM Ismail Sabri membangunkan negara dalam era pemulihan ini.

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.