TOP FIVE BELUM MEMBUAT KEPUTUSAN PRU 15

 


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau belum berbincang dengan "Top Five" Umno berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Top Five" Umno merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan perdana menteri sendiri.  

Katanya, selepas berbincang dengan "Top Five", barulah beliau akan berbincang dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Kemudian ia perlu dibawa ke Kabinet sebab di bawah Perlembagaan, kena ada kelulusan Kabinet sebelum saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah untuk (mendapat perkenan) membubarkan Parlimen. 

"Itu prosedur yang perlu dipatuhi," katanya semasa merucap pada Majlis Penyampaikan Peruntukan Masyarakat Cina dan India Parlimen Bera 2022 di Dewan Kompleks Umno Bera di Padang Luas semalam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.