TUMBANGKAN PEMBANGKANG, UMNO BN MESTI BERPADU



DIMANA sahaja beliau pergi dalam program -program parti, beliau sentiasa mengingatkan bahawa perpaduan diantara ahli, kepimpinan dan juga jentera parti akan memberikan sesuatu yang luar biasa.


Jika kita dilihat berpecah atau sememangnya ada bibit-bibit itu, maka keyakinan rakyat terhadap parti yang kita dokongi ini akan mengalami kesukaran untuk berhadapan dengan rakyat dan juga pengundi nanti.


Itulah kata-kata yang selalu keluar dari mulut Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia yang juga Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bersama ahli-ahli parti.


Hari ini, semua perkara boleh diterima dengan begitu pantas dan kecanggihan teknologi kita seharusnya menggunakan ia dengan sebaik mungkin.


Bagi PM Ismail Sabri, perpaduan amat penting untuk mencapai matlamat parti untuk menang pilihanraya dan bukan adanya perpecahan waima sedikit pun.


Yang paling penting jangan ada sesekali individu atau kumpulan yang mementingkan diri sendiri lebih dari kepentingan parti dengan bersikap tikam belakang, talam dua muka dan cuba menghasut sesama sendiri.


Sememangnya perbuatan itu hanyalah merosakkan apa jua agenda perpaduan dan pengukuhan parti bagi menghadapi musuh-musuh yang nyata sepertimana PH dan juga bakal musuh dalam PRU nanti.


UMNO BN seharusnya mempunyai semangat setiakawan walau apapun yang berlaku dan bukan menjadi agen kepada perpecahan sesama sendiri. 


Perkara itu ada dari kalangan kita hari ini yang cuba melaga-lagakan sesama sendiri, rakyat sedang memerhatikan kita, pengalaman yang lepas seharusnya dijadikan sebagai ikhtiar dan pengajaran yang paling berguna kepada kita semua dan bukan meneruskan tradisi yang tidak ada manfaat kepada parti dan juga organisasi yang kita semua bawakan hari ini.


Hentikanlah semua perkara itu dan tumpukan sepenuhnya kepada PRU 15 yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja lagi.






Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.