UMNO SEMAKIN BERCELARU, TERUMBANG AMBING MENJELANG PRU 15?


SELEPAS Bossku disabitkan bersalah dalam kes SRC bulan lalu, UMNO dilihat sudah tidak bermaya dengan kehilangan Harimau taruhannya.

Banyak kelopongan yang ada kini membuatkan UMNO tidak lagi mendesak untuk mengadakan PRU secepat yang mungkin dimana pendedahan itu datang dari sumber dalaman UMNO sendiri.

Perkara itu disahkan dengan beberapa keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO khas nya dalam siri mesyuartat bulanan tidak menyentuh langsung soal pembubaran parlimen dan ianya hanya didendang oleh beberapa individu yang ingin mencari tempat serta nama untuk bertanding dalam PRU ke 15 nanti.

Hari ini presidennya Ahmad Zahid Hamidi kelihatan menyepi dan gagal mengawal beberapa individu atau kumpulan yang sentiasa mengkritik kerajaan yang mana mahu mengadakan PRU dengan segera.

 Kemana Zahid ingin bawakan UMNO?

Adakah UMNO sekarang mula mengikut arahan dari kumpulan kecil yang hanya kuat bersuara yang jelas hanya berselindung di sebalik kepentingan politik mereka?

Ahli UMNO perlu bangkit dan bersuara untuk menolak kumpulan kecil ini. Sejarah dunia telah lama membuktikan bahawa peranan ‘Kuda Trojan’ boleh menghancurkan parti dan UMNO sendiri telah mengalaminya semasa  pru yang lalu.

Kalau Zahid sudah tidak mampu lagi mengawal dan menguruskan parti kerana tertekan dengan kes-kes rasuah di mahkamah maka segeralah memberi laluan kepada pemimpin lain untuk memimpin UMNO BN bagi menghadapi PRU15 dan bukannya ‘menyerahkan’ nasib parti ini kepada kumpulan Kuda Trojan.

Kenapa Zahid tidak bersuara terhadap individu yang sedang memecahbelahkan parti sedangkan beliau menyeru semua pihak merapatkan barisan. Kenyataan dan tindakan beliau dilihat tidak selari.

Penggal Parlimen semasa akan tamat pada 16 Julai 2023 dan PRU15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023, tetapi sesetengah pemimpin Umno mendesak ia diadakan tahun ini memandangkan PH berada dalam keadaan carca marba.

Walaubagaimanapun ramai dari kalangan pemimpin UMNO yang ada kini boleh membawa UMNO kejalan yang lebih baik dan sekaligus membawa UMNO ke satu tahap KEMENANGAN pada PRU 15 nanti.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.