DALAM satu kenyataan video yang tular berdurasi 5 minit 30 saat berkenaan kes saman Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mana telah dimuat naik dilaman youtube beberapa hari lalu berkaitan pendedahan Clare Rewcastle-Brown.
Abdul Hadi telah menipu semua ahlinya dan juga rakyat Malaysia apabila menyatakan bahawa mereka telah menang kes saman terhadap Clare Brown di mahkamah UK dan umumnya rakyat tahu bahawa kes tersebut hanyalah penyelesaian diluar mahkamah tersebut.
Katanya Clare Brown dalam video tersebut, Hadi memang tidak percaya akan politik wang atau rasuah tetapi sebenarnya partinya (PAS) memang menerima rasuah. PAS memang terlibat dengan rasuah dan politik wang dimana PAS dibayar secara rahsia oleh UMNO dan mereka berlagak sebagai musuh UMNO.
“sedangkan PAS secara rahsianya menjadi sekutu UMNO dalam pilihanraya umum ke 14 lalu, semua bukti saya ada dan saya akan berhujah dengan bukti-bukti tersebut dalam mahkamah apabila hari perbicaraan itu”, katanya.
Tambahnya lagi, Hadi Awang sedar bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh dan cukup terhadapnya dan dia panik serta menawarkan sejumlah wang kepada peguam beliau jika menarik diri dari kes tersebut.
Memang benar video dan rakaman suara yang tular sebelum ini dimana Nik Abduh telah berkata bahawa mereka ada menerima wang rasuah dari UMNO sebelum PRU 14 lalu.
Hadi adalah seorang muslim yang pandai putar belitkan sesuatu perkara demi kepentingan diri dan juga PAS dimana sanggup mempergunakan agama walhal beliau sendiri tahu akan akibatnya.
Benarlah kata-kata Rasulullah SAW berkenaan Ulama’ SUK
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW
“Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)