ZAHID GAGAL MENGAWAL UMNO, HARUS MEMBERI PELUANG KEPADA KEPIMPINAN LAIN


PRESIDEN UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilihat terlampu lemah sehinggakan tidak dapat mengawal kepimpinan dan juga ahli-ahli untuk berkelakuan baik dan berlapang dada dengan apa yang berlaku didalam dan diluar UMNO.

Kelemahan itu semakin ketara apabila beliau berdiam diri semasa ramai kepimpinan dan beberapa ahli menghina, mencerca, membuat fitnah kepada pimpinan yang lain termasuk YAB Perdana Menteri yang juga Naib Presiden beliau sendiri ketika ini.

Sebagaimana yang berlaku didalam Dewan Merdeka semasa sesi Taklimat Khas presiden pada 27 ogos lalu dimana kelakuan seperti beruk-beruk didalam sarkas dengan mengejek PM  semasa didalam dewan tersebut dan juga berlaku dihadapannya.

Mana mungkin rakyat tidak menghukum UMNO lagi selepas ini dengan kelemahan presiden yang ada sepertinya. UMNO memerlukan presiden yang lebih bertanggungjawab kepada ahli dan keseluruhan rakyat Malaysia ini serta suaranya mesti digeruni kawan dan lawan.

Apa yang pasti beliau sendiri tidak mahu mengawalnya dan hanya berfikir akan kes-kes mahkamah yang beliau hadapai ketika ini dimana mungkin akan mengikut gerak langkah mantan presiden ke penjara.

Kelantangan pencacai seperti Lokman Adam dan beberapa lagi yang terus membuat provokasi dan fitnah terhadap Perdana Menteri UMNO ketika ini Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menjejaskan tumpuan PM untuk terus membantu rakyat.

Keutamaan PM dan barisan kabinet hari ini jelas dengan hala tuju dan dasar kerajaan dengan menaikkan ekonomi negara sekaligus menaikkan ekonomi rakyat dimana mana telah 2 tahun kehilangan semuanya.

Harapan rakyat kini kepada Ismail Sabri untuk membuat laluan kehidupan yang lebih baik selepas kegagalan 2 perdana menteri sebelum ini yang mana hanya mementingkan kroni dan juga parti-parti mereka.

Kepimpinan UMNO dan rakyat perlu bersatu untuk terus keluar daripada masalah yang ditanggung selama hampir 3 tahun ini yang mana kejatuhan ekonomi,sosial kehidupan yang sangat teruk serta menjadi sejarah bagi negara ini.

UMNO seharusnya mengambil peluang yang ada kini untuk bersatu menaikkan UMNO kembali dan memberi harapan baharu kepada rakyat dengan menyokong apa sahaja strategi PM untuk memulihkan negara.

Peluang sudah ada, keputusan terakhir itu ada pada UMNO sendiri sama terus bersama PM Ismail Sabri atau sebaliknya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.