ZAID IBRAHIM PERMATA ATAU TAHIK BAGI UMNO?

 


KEMUNCULAN figura baru yang lantang memperjuangkan hak-hak UMNO dan kepimpinan akhir-akhir ini telah membuahkan hasil nya dengan mengembalikan keahlian baru buat peguam veteran dimana baru-baru ini telah mengambil alih kes bekas presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dato' Zaid Ibrahim telah diterima kembali menjadi ahli UMNO dan sekaligus menjadi suara petir yang membela UMNO dan kepimpinan yang sedang menjalani kes-kes mahkamah hari ini.

Siapa tidak mengenali Zaid Ibrahim ini dimana pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteridalam hal ehwal perundangan dan kehakiman  ketika berada didalam UMNO dan pada tahun 2009 beliau keluar UMNO dan menyertai PKR.

Pada 2010 beliau keluar PKR dan menyertai parti KITA, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik menjadi presiden dan keluar lagi pada tahun 2012 meletak semua jawatan parti yang ada.

Sebelum diterima oleh pihak pengurusan UMNO menjadi ahli baru-baru ini beliau pernah menyertai DAP pada 2017 dan menjadi Pengerusi DAP Negeri Kelantan kemudiannya beberapa tahun lalu (2020) keluar DAP dengan alas an yang tersendiri.

Penerimaan Zaid kali ini amat mengejutkan ahli UMNO dimana beliau pernah bersuara untuk menguburkan UMNO semasa bersama Pakatan Harapan (PH) dan berkempen menentang BN semasa PRU 14 yang lalu.

ADAKAH ahli-ahli UMNO dapat menerima orang seperti beliau didalam UMNO kini?

APA sudah jadi dengan prinsip perjuangan UMNO selama ini?

ADAKAH Zaid Ibrahim ini permata baharu bagi UMNO???



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.