ZAID IBRAHIM SAH MENJADI AHLI BARU UMNO


PENGLIBATAN Peguam Veteran Datuk Zaid Ibrahim dalam kes SRC Dato’ Seri Mohd Najib Razak sebenarnya sudah dapat dibaca oleh penganalisis politik dan juga ahli UMNO dimana mesti ada timbal  balik yang harus dibuat dari perkara tersebut.

Ketika ini sudah pasti UMNO menerima dan meluluskan permohonan ahli baru Zaid Ibrahim yang mana tanpa nama UMNO diri beliau lesu serta bakal pupus dalam arena politik tanah air.

Sehinggalah beliau muncul menawarkan diri menjadi peguam kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 dalam kes penyalahgunaan wang dana SRC dimana hukumannya penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Siapa tidak mengenali Zaid Ibrahim ini dimana pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteridalam hal ehwal perundangan dan kehakiman  ketika berada didalam UMNO dan pada tahun 2009 beliau keluar UMNO dan menyertai PKR.

Pada 2010 beliau keluar PKR dan menyertai parti KITA, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik menjadi presiden dan keluar lagi pada tahun 2012 meletak semua jawatan parti yang ada.

Sebelum diterima oleh pihak pengurusan UMNO menjadi ahli baru-baru ini beliau pernah menyertai DAP pada 2017 dan menjadi Pengerusi DAP Negeri Kelantan kemudiannya beberapa tahun lalu (2020) keluar DAP dengan alas an yang tersendiri.

Penerimaan Zaid kali ini amat mengejutkan ahli UMNO dimana beliau pernah bersuara untuk menguburkan UMNO semasa bersama Pakatan Harapan (PH) dan berkempen menentang BN semasa PRU 14 yang lalu.

ADAKAH ahli-ahli UMNO dapat menerima orang seperti beliau didalam UMNO kini?

APA sudah jadi dengan prinsip perjuangan UMNO selama ini?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.