Pakatan Harapan (PH) sinonim dengan Manifesto bukan kitab suci dan janji bukan untuk ditunaikan. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berjanji bulan bintang kali ini memandangkan beliau sedar rakyat sudah tidak percaya kepada janji PH.
Anwar hanya berani berjanji jika diberikan mandat sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah memotong kadar gaji dan elaun Perdana Menteri.
Beliau dilihat gagal mendengar denyut nadi rakyat. Malah Anwar juga seolah-olah ketandusan idea. Secara relatifnya, terlalu sedikit penjimatan impak dari pemotongan elaun Perdana Menteri. Ianya tidak akan mampu menjana ekonomi negara.
Berbanding dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang memberi banyak tambahan pendapatan kepada peneroka bagi jumlah elaun sara hidup dan lain-lain lagi.
Berjuta pekebun kecil dan nelayan telah dibantu bukan sekadar berjanji untuk elaun musim tengkujuh semata-mata. Bantuan khusus untuk para nelayan, pekebun, penoreh getah dan peladang seperti bantuan musim tengkujuh, bantuan tong sejuk beku dan lain-lain menjadi keutamaan PM.
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 akan diperluaskan kepada semua murid, tahun depan, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa mereka. Dan yang pasti ini merupakan janji yang ditepati.
Rakyat sebenarnya tahu perbezaan besar diantara janji PH dan janji Barisan Nasional. Mereka tahu mana satu janji yang boleh dipercayai dan janji yang perlu "dibakul sampahkan".
Dalam keadaan negara baru bangkit, sudah pasti rakyat sangat bersyukur dengan pelbagai bantuan yang benar-benar dapat mereka rasai. Bantuan-bantuan tersebut telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.
Rakyat boleh bezakan antara janji hancing PH dan pelaksanaan yang telah dilakukan oleh PM Ismail Sabri.