Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dinaikkan maksimum sehingga RM2,500 bermula pada tahun 2023.
Pengumuman tersebut di umumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Pembentangan Bajet 2023, hari ini.
Bayaran BKM sebanyak RM2,500 adalah bagi setiap pasangan yang mempunyai lima orang anak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.
Menurut Zafrul, belanjawan pada tahun ini adalah bernilai RM372.3 bilion sekaligus berlakunya pertambahan sebanyak 12 peratus berbanding tahun yang lalu.
Peningkatan tersebut menjadikan belanjawan tahun 2023 merupakan belanjawan terbesar yang berlaku dalam sejarah negara dimana pada tahun 2022, belanjawan adalah sebanyak RM332.1 bilion.
Bagi perbelanjaan operasi pada tahun 2023 adalah RM272.3 bilion dimana peningkatan sebanyak 16.6 peratus berbanding pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM233.5 bilion.
Menyentuh perbelanjaan pembangunan pula pada tahun 2023 mencecah RM95.1 bilion yang meningkat sebanyak 26.8 peratus manakala pada tahun 2022 pula hanya RM75 bilion.
Bajet 2023 : Fokus bantuan kepada golongan wanita dan kanak-kanak
Bajet Pahang 2023 : Bantuan khas kewangan untuk penjawat awam sebulan setengah gaji