KINI PAS sudah memuktamadkan untuk menggunakan lambang sendiri, maka PPBM akan menghadapi risiko mengalami kekalahan yang memalukan di PRU 15.
Pengalaman PAS dalam 2 pilihanraya negeri (PRN) lalu iaitu Melaka dan Johor amat perit diterima walaupun ada perjanjian yang telah ditetapkan bersama PPBM yang mana kerusi-kerusi patut dimenangi PAS ketika itu.
Kali ini PAS untuk PRU15 tidak mahu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dimana tidak mahu menerima nasib yang sama didalam 2 PRN lalu.
Malah ianya adalah sesuatu yang mungkin tidak dapat dielakkan lagi kerana pengundi atas pagar dapat membezakan antara calon PAS dan PPBM.
Jadi tidak mengejutkan apabila PPBM membuat keputusan untuk menggunakan lambang bulan untuk calon mereka.
Sekali lagi mereka berharap dapat mengelirukan pengundi atas pagar supaya memberikan undi kepada calon PPBM.
Mungkin penipuan ini boleh berjaya, kerana ahli PAS boleh mengenal pasti calon PAS, tetapi tidak pengundi atas pagar.
Cuma persoalannya, sekiranya PPBM sebagai parti tunggak PN sudah tidak yakin dengan lambang PN, apakah PN masih relevan lagi?