SUDAH banyak bukit bahawa DAP dan bukan ini kali pertama DAP biadap dan kurang ajar kepada Institusi Raja Berpelembagaan yang mana beberapa hari lalu bertindak menyaman kerajaan Keluarga Malaysia kerana membubarkan parlimen bagi member laluan kepada PRU ke 15.
Beberapa kenyataan DAP sebelum ini juga memperjuangkan Malaysia negara republic dimana sekaligus menghilangkan kuasa-kuasa raja berpelembagaan dan sistem demokrasi berparlimen yang telah diamalkan sejak tertubuhnya NEGARA MALAYSIA MERDEKA.
https://www.astroawani.com/berita-politik/penahanan-wan-ji-bukti-sikap-dap-dalam-isu-sistem-beraja-bastien-157924
Mereka bertindak diluar batas yang mana mempertikaikan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong perkenan membubarkan parlimen pada 10.10.2022 yang lalu.
Api kebencian dan hasutan cuba dibangkit oleh DAP dengan menyaman kerajaan Malaysia dimana secara langsung DERHAKA kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong kini.
Propaganda jahat ini sebenarnya antara persepsi yang cuba dimainkan oleh Dap supaya rakyat menolak UMNO BN pada PRU15 kerana Dap dan Pakatan Harapan sebenarnya tidak mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka apabila gagal menunaikan manifesto ketika menang pada PRU14.
Mereka sudah diberikan peluang selama 22 bulan selepas PRU 14 lalu dimana menguris hati rakyat keseluruhannya terutamanya dari kalangan bangsa melayu walaupun ketika itu Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
https://www.malaysiakini.com/news/434417
DAP dan Pakatan Harapan (PH) tahu mereka tidak akan dapat kembali menjadi kerajaan semula selepas PRU 15 ini dan mereka cuba untuk menghasut rakyat dengan meletakkan kesalahan pembubaran parlimen kali ini kepada kerajaan.
Malah mereka sedar dan begitu takut apabila UMNO BN lebih awal membuat ketetapan bahawa calon tunggal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 adalah Dato’ Seri Ismail Sabri.
Keputusan dan solidariti UMNO BN menjadikan Ismail Sabri sebagai calon tunggal PM sekaligus dijadikan ‘Poster Boy’ BN dalam PRU 15 yang mana mendapat konsensus serta ketetapan parti dari awal lagi.
Selama 14 kali pilihanraya diadakan, UMNO BN tidak pernah menipu dalam soal manifesto dan telah melaksanakan sepenuhnya dengan perancangan yang begitu rapi disaat berkuasa.