BUBAR PARLIMEN : PEMBANGKANG PH TAK SEMPAT PULIHKAN SOKONGAN RAKYAT.


Sememangnya politik itu unik dan berubah-ubah. Ditambah lagi tahap hipokrit pembangkang PH yg telah ternyata dalam 22 bulan pemerintahan mereka.

Sejurus Mahathir meletakkan jawatan dan mereka kembali menjadi pembangkang dan mereka melabelkan kerajaan Muhyiddin bersama beberapa parti sebagai "Kerajaan Tebuk Atap" dan sebagainya.

Harus diingat , pendirian ahli parlimen BN ketika itu ialah mahukan pembubaran parlimen untuk membolehkan mandat rakyat dikembalikan. Perkara tersebut tidak berlaku kerana penularan virus covid19 telah tercetus di negara2 luar dan kes pertama dijumpai di Malaysia. Atas kekhuatiran itu YDP Agong memilih untuk perkenan sebuah kerajaan yg mendapat sokongan majoriti ahli parlimen dengan kaedah SD dan sebagainya.

Pembangkang terus menyerang kerajaan ketika itu sehinggalah kerajaan #KeluargaMalaysia ditubuhkan selepas TSMY sebagai Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

Yang menghairankan kita ialah sejak bila pembangkang PH ni menolak pembubaran parlimen? Walhal setiap hari mereka meratib mandat rakyat harus dikembalikan. Setiap sidang Dewan Rakyat kita boleh dengar mereka mencemuh kerajaan yg ada merupakan kerajaan tebuk atap dan sebagainya.

Hari ini mereka menolak pembubaran parlimen sehingga penyandang ahli parlimen DAP menyaman kerajaan kerana membubarkan parlimen. Apakah ini kemuncak kepada betapa mereka terdesak dan sedar akan penolakan rakyat termasuk kehilangan sokongan terhadap parti2 mereka? Atau memang PH tidak bersedia untuk PRU15?

Itulah yang dinamakan strategi. Itu jugalah kelebihan yg ada pada sebuah parti yang mana Perdana Menteri datang dari parti tersebut. Sekarang BN memiliki kelebihan kerana DS Ismail Sabri mewakili BN sebagai Perdana Menteri telah pun membubarkan parlimen ke 14.

Keyakinan rakyat kepada kerajaan pimpinan DS Ismail Sabri bakal memberikan kelebihan kepada BN apatah lagi beliau merupakan "Poster Boy" Barisan Nasional dan BN juga secara konsensus menamakan DS Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15.

Rakyat telah merasai akan keberadaan dan kecaknaan PM DS Ismail Sabri. Pelbagai kejayaan telah dicapai. Pelbagai bantuan terus disalurkan kepada rakyat demi melihat rakyat terbela ketika beliau memerintah negara.

Atas keyakinan ini jugalah rakyat harus memberikan mandat kepada Barisan Nasional(BN) dalam PRU15 ini untuk meneruskan agenda memulihkan negara dan seterusnya meletakkan negara pada kedudukan yang baik untuk berdepan dengan jangkaan kegawatan ekonomi dunia yang bakal berlaku tahun hadapan.

Kita tidak dapat bayangkan jika sebuah kerajaan yg tidak ada pengalaman mengurus negara dalam keadaan kritikal utk berdepan dengan krisis ekonomi yang telah menjejaskan kekuatan ekonomi negara2 besar yang lain.

Kali ini rakyat jangan tersalah pilih seperti pru14 lepas. Kesannya amat dasyat. Ratusan billion harta kerajaan dijual kepada taikun2 mereka. Bagaimana tabungan umat Islam di Tabung Haji dijarah dan diuruskan oleh bangsa lain.

Semua malapetaka itu harus diingatkan kembali. Betapa kita sengsara dan perit akan 22 bukan pemerintahan PH. Hubungan kaum menjadi tegang dengan beberapa cubaan menteri PH mencetuskan provokasi melampau terhadap Melayu dan Bumiputera.

Semua itu rakyat harus ingat dan jangan sekali lagi salah memilih. Hanya Barisan Nasional(BN) yang mampu mengurus negara dan mengekalkan keharmonian negara yang berbilang bangsa dan kepelbagaian anutan agama.

#UndiBN

#DSISforPM10

#TolakPH

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.