BUKTI DERMA RAJA ARAB MULA TERSEBAR


LAGI bukti derma Raja Arab Saudi didedah oleh peguam Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak semalam mendedahkan Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz ada berjanji untuk memberikan dana kepada UMNO. 

Dalam entri Facebooknya yang lalu,  Najib berkata, Raja Abdullah bimbang dengan dengan kebangkitan yang berlaku Arab pada lewat tahun 2010 yang turut memberikan kesan kepada rantau Asia termasuk Malaysia.

 “Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. 

Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan,” katanya hari ini.

 Dalam status media sosialnya juga Najib memuatnaik surat dan dokumen berkaitan dengan pemberian Almarhum Raja Saudi itu.

















Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.