‘Dedah laporan siasatan buku Thomas’
Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness” segera didedahkan kepada umum.
Ini penting bagi memulihkan imej dan integriti institusi kehakiman serta kedaulatan undang-undang negara, seperti contoh yang terdapat di dalam muka surat 342 buku tersebut yang berkemungkinan melanggar Seksyen 32 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Disember tahun lalu, kerajaan menubuhkan pasukan petugas itu untuk menyiasat buku berkenaan yang antara lain menyentuh mengenai isu pelantikan hakim, campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman dan pendakwaan terpilih.
Perdana Menteri Dato, Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut terhadap kandungan buku berkenaan.
Ismail Sabri telah mengarahkan siasatan lanjut terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam bukunya "My Story: Justice in the Wilderness".
Dalam bukunya itu, Tommy Thomas mendedahkan wujud penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan ketika zaman PH.
Isu ini adalah serius kerana melibatkan campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan.
Ketika zaman PH, Tommy Thomas juga telah menggugurkan tuduhan terhadap 12 kumpulan pengganas LTTE pada tahun 2020.
Pelbagai lagi kes telah digugurkan Peguam Negara sewaktu itu.
Dengan siasatan ini, salah guna kuasa ketika zaman kerajaan PH akan didedahkan kepada rakyat.