ISMAIL SABRI PILIHAN YANG TEPAT SEBAGAI PM SELEPAS PRU 15


KEBOLEHAN Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mentadbir negara dalam keadaan sukar dengan suasana kecelaruan serta ke tidak stabilan politik dan pendamik covid 19 berjaya diharungi satu per satu.

Ditambah dengan beberapa keputusan yang bijaksana telah diambil beliau selama ini telah meredakan suhu politik negara dan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar selepas beliau di perkenan oleh Tuanku Agong sebagai Perdana Menteri.


Dengan kebijaksanaan dan tegas membuat sesuatu keputusan dalam memacu negara beliau sekali lagi dipilih oleh pucuk pimpinan  parti sebagai calon PM ke 9 selepas PRU 15 nanti.


Ketika ini nama Ismail Sabri sahaja yang dibawa oleh parti (UMNO) untuk ditabalkan sebagai PM selepas ini


Tubuh badan Ismail Sabri yang penuh dengan sifat rendah diri apabila bersama kawan serta lawan dan mempunyai visi yang jelas dalam pentadbiran selama ini juga satu penyebab beliau dinamakan sebagai PM oleh kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) hari ini.


Sepanjang tempoh hampir 14 bulan menjadi PM beliau telah berjaya mengeluarkan negara dari krisis covid 19 dan berjaya memacu ekonomi negara dengan baik sehingga dinobatkan pertumbuhan pesat sistem ekonomi negara sekaligus berada di tangga ke tiga seluruh negara-negara Asean.


Dengan pembentangan bajet negara baru-baru ini juga tiada sebab rakyat tidak memilih BN dan sekaligus beliau dapat meneruskan apa yang dijanjikan dalam bajet 2023 tersebut yang mana banyak pemberian secara terus kepada rakyat.


Sebagai contoh, bajet berkaitan bantuan awal persekolahan yang mana sebelum ini RM 100 untuk setiap pelajar di bawah gaji terkumpul keluarga sebanyak RM 3000 dan kini dinaikkan kepada RM150 setiap orang pelajar tanpa syarat kelayakan.


Ini bermakna seluruh pelajar yang berada di sekolah rendah dan menengah layak menerima bantuan tersebut yang mana melibatkan 4,987,401 orang pelajar seluruh negara.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.