KEKAL PERPADUAN DALAM PARTI DEMI KEMENANGAN BESAR BN


FORMULA kemenangan besar Barisan Nasional (BN) akan dapat direalisasikan dengan wujudnya perpaduan, kerjasama, solidariti dan akur dengan sebarang keputusan parti serta pucuk pimpinan yang mana telah dipertanggungjawabkan dalam membuat keputusan.

Kini piliharaya umum ke 15 telah memasuki fasa pembubaran parlimen dan akan diteruskan dengan proses-proses seterusnya yang  akan diambil alih oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran (10.1.2022) lalu.

Parti-parti akan memilih calon yang sesuai untuk mewakili parti masing-masing dan tidak terlepas dengan parti gabungan dalam BN yang sebelum ini akan melatakkan seramai 222 orang calon bagi peringkat parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri seluruh negara.

Apa keputusan parti telah dibuat dan senarai calon dikeluarkan, ahli-ahli parti semestinya akur dengan keputusan tersebut  serta bekerja untuk memenangkan parti dan calon pada PRU kali ini.

Ahli dan kepimpinan parti seharusnya bersolidariti dan bekerja demi kemenangan parti, jangan sesekali mensabotaj parti serta calon yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan. 

Jentera BN dan keseluruhan organisasi seharusnya meninggalkan budaya lama yang merugikan parti serta kembali kepada fitrah yang mana menjadi kekuatan dan juga keharmonian dalam parti komponen BARISAN NASIONAL.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.