KERJA KUAT DEMI KEMENANGAN PARTI - ISMAIL SABRI


PERDANA MENTERI yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan kepada barisan jentera Barisan Nasional (BN) supaya berkerja lebih kuat untuk memastikan parti menguasai semula Putrajaya selepas PRU 15 nanti.

Beliau turut mengingatkan bahawa solidariti semua ahli parti dapat diterjemahkan dengan kemenangan lebih besar nanti demi kestabilan dan kemakmuran negara.

BN memerlukan kemenangan banyak kerusi parlimen agar semua agenda kestabilan dan kemakmuran dapat dilaksanakan memandangkan dalam tempoh satu penggal selepas PRU15 ini, negara berada dalam kemerosotan dari semua segi apabila kestabilan politik tidak dapat diselesaikan.

Dalam tempoh 4 tahun, rakyat telah dihidangkan dengan 3 orang perdana menteri dimana 22 dari Pakatan Harapan (PH), 17 bulan Perikatan Nasional (PN) dan kini PM Ismail Sabri Yaakob dari BN.

Rakyat hari ini memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dari semua aspek dan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna sepertimana sebelum PRU 14 lalu serta menikmati kepesatan ekonomi negara yang dipacu oleh kepimpinan BN selama ini.

Ismail Sabri selama tempoh 15 bulan menjadi ketua kerajaan Keluarga Malaysia telah berjaya mengeluarkan negera dari pendemik C19 dan juga meningkatkan kadar KDNK ekonomi negara dimana sekaligus dapat menjaga perut rakyat.

Rakyat hari ini sudah mempunyai pilihan masing-masing dan menunggu hari pembuangan undi sahaja dimana telah merasi serta melalui era pemerintan kerajaan PH, PN dan juga BN.

NEKAD rakyat sepertimana yang ditunjukkan dalam siri 7 pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini  dan juga PRN di Melaka dan Johor yang mana kesalahan dan kebebalan 2 kerajaan (PH,PN) sebelum ini tidak menguntungkan mereka.

Oleh itu dalam pelancaran jentera BN Terengganu beberapa hari lalu, beliau sekali lagi mengingatkan bahawa setiap keputusan calon yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi BN seharusnya diterima dengan sebaiknya.

Katanya, jangan sesekali sabotaj calon dan parti, jangan ada 'Cah Keting' sesama sendiri jika diri dan seumapaya tidak terpilih sebagai calon. Bekerjalah dengan jiwa yang penuh demi melihat parti kembali menerajui negara.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.