Semua rakyat tahu bahawa Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang sangat angkuh dan bongkak. Beliau tidak akan tunduk kepada sesiapa kecuali berada dalam keadaan yang sangat terdesak.
Apabila Mahathir secara terbuka menyatakan hasrat bekerjasama dengan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rakyat dapat meneka parti Mahathir dijangka kalah disemua tempat termasuk di Parlimen Langkawi yang selama ini menjadi kubu kuat beliau.
Umum mengetahui Mahathir dan Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) demi segenggam kuasa yang mampu menyelamatkan kekayaan keluarga mereka berdua.
Dua individu ini telah menyebabkan politik negara hancur dan kacau bilau selama lebih 20 tahun lamanya.
Ketidakstabilan kerajaan selepas PRU14 juga bermula dari perebutan kerusi Perdana Menteri antara dua nama ini sehingga Pakatan Harapan (PH) terkubur. Dua watak ini juga berterusan menyebabkan kestabilan politik negara sentiasa rapuh kerana cubaan dan tekanan untuk memegang tampuk kuasa negara dengan pelbagai cara dan gerakan.
Anwar menggunakan pengaruhnya dahulu untuk menghancurkan UMNO dari dalam melalui gerakan "Cikgu dan Anak Murid" satu ketika dulu. Malah dilihat tidak akan teragak-agak untuk mengulanginya lagi.
Kini Mahathir dilihat meletakkan maruah beliau di tapak kaki dengan 'menjilat semula ludah' segala dakwaan beliau ke atas Anwar sebelum ini.
Adakah rakyat masih mahu melayan politik gila dua manusia ini sedangkan kita ada pilihan yang cukup baik didepan mata dan telah terbukti berjaya dan cakna rakyat iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dari BN??