NEGARA PERLU SATU PERUBAHAN YANG BESAR, KESTABILAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT MENJADI KEUTAMAAN PM ISMAIL SABRI


NEGARA perlu satu perubahan yang drastik bagi menghadapi krisis kejatuhan ekonomi yang mana dijangka akan berlaku pada tahun hadapan 2023.

Kepimpinan hari ini yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob telah dan akan mengambil beberapa langkah untuk menghadapi krisis tersebut sekaligus mengurangkan impak yang teruk dimasa hadapan negara.

PM Ismail Sabri menumpukan sepenuhnya sektor pemulihan ekonomi negara yang mana menjadi pemangkin dalam memakmurkan kehidupan rakyat sepertimana negara telah berjaya meningkatkan kadar KDNK negara selepas krisis pendamik negara.


Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO melihat 2 perkara yang lebih penting iaitu pemulihan ekonomi dan juga kestabilkan politik dimana akan memberikan satu impak yang positif dalam kemakmuran kehidupan rakyat keseluruhannya.

Apa yang pasti setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri semua demi rakyat.

Untuk menstabilkan suhu politik tanah air, satu perubahan  perlu dilakukan dengan segera memandangkan negara bakal berdepan dengan krisis yang lebih besar di tahun akan datang. Kepimpinan negara memerlukan nafas yang baru agar segala keputusan yang dibuat dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Trek rekod sebelum ini (2018), negara mencatatkan pertumbuhan dan daya saing ekonomi antara yang terbaik dirantau asean dan juga mempunyai rekod kedudukan tertinggi dalam negara-negara membangun.





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.