SOLIDARITI PARTI, KEPIMPINAN DAN AHLI PEMANGKIN KEMENANGAN BN DALAM PRU 15


SEMEMANGNYA rakyat dan seluruh pengundi pada Piliharaya Umum ke 15 (PRU-15) akan melihat keseluruhan aspek apabila hendak membuang undi nanti dimana akan membuat pilihan yang tepat demi kelangsungan kepercayaan kepada kerajaan selepas itu.

Rakyat sudah melakukan kesilapan yang besar dahulu (PRU-14) pada tanggal 8 mei 2018 yang mana melihat kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara selama hampir 60 tahun sebelum ini.

Tidak dinafikan banyak sumbangan dan kejayaan dilakar oleh BN semasa menerajui negara dan ianya telah menjadi satu sejarah negara apabila tumbang ditangan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PPBM, DAP, PKR dan PAN.

Untuk menghadapi PRU-15, rakyat mahukan sesebuah kerajaan yang akan dipilih nanti dapat melakukan yang terbaik untuk mereka dengan memberi segara keperluan dari segi ekonomi, keharmonian dan kesejahteraan hidup sepertimana sebelum 2018 lalu.

Rakyat hari ini sudah bosan hidup dalam keadaan tertekan dengan krisis-krisis yang berlaku serta tidak kesudahan sepertimana krisis kesihatan, kecelaruan politik dan membuatkan mereka tidak dapat menjalani kehidupun seperti sedia kala yang mana pernah dikecapi sebelum ini.

Oleh itu, SOLIDARITI keseluruhan kepimpinan dan ahli BN perlu diterjemahkan dalam satu hala tuju yang jelas dimana akan memperlihatkan kesungguhan kepimpinan untuk menghadapi PRU-15 dan buakannya masih bertelagah sesama sendiri yang pasti diperhatikan keseluruhan rakyat.

Jangan BN terlalu ghairah dengan tarikh pembubaran parlimen sedangkan parti atau anggota BN masih dalam keadaan yang tidak berada dalam kesiapsiagaan dari semua aspek, akan tetapi masih dituntut untuk bersolidariti demi sebuah harapan yang didambakan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

BN perlu bersolidariti dengan lebih jitu dan digambarkan kesepaduan dari kalangan pemimpinan serta ahli untuk menghadapi pilihanraya kali ini, tidak perlu saat dan ketika ini melakukan perkara-perkara yang mejejaskan momentum kemenangan parti secara mutlak seperti mengantung kepimpinan dan ahli.

Jika ada kepimpinan dan ahli yang mengkritik secara terbuka terhadapa parti seharusnya diberikan amaran dan bukan terus menghukum mereka, lain lah ada yang mengkritik secara terbuka sepertiman yang pernah dilakukan oleh Lokman Adam terhadap Presiden UMNO satu ketika dahulu.

Untuk menghadapi PRU-15, parti perlu  dilihat bersatu dan kuat, rakyat tahu akan kesungguhan BN untuk menstabilkan suhu politik negara dan juga rakyat mendambakan kemakmuran sepertimana sebelum ini akan tetapi BN perlu bekerja dengan lebih kuat untuk menyakinkan rakyat dan memangi dengan angka yang lebih besar nanti.

Dengan kemenangan yang besar, kestabilan, kemakmuran dapat diterjemahkan selepas PRU-14 nanti dan ianya memerlukan satu sokongan padu dari semua pihak.

Rakyat sudah melalui 3 Perdana Menteri dalam tempoh hampir 5 tahun ini, kerajaan PH selama 22 bulan yang mana semua janji (manifesto) tidak ditunaikan dan disambung dengan pengkhianatan PPBM terhadap rakan sekutunya PH dengan menubuhankan kerajaan Perikatan Nasional(PN) dan berjaya bertahan hanya 17 bulan yang mana turut menjarah wang rakyat sebanyak 600 billion ringgit.

Selepas itu diambil alih oleh kerajaan KELUARGA MALAYSIA yang mana dipimpin oleh Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan hari ini negara sudah berada dilandasan yang tepat untuk keluar dari krisis ekonomi serta pendamik covid-19 secara beransur-ansur dengan sokongan semua pihak kepimpinan parti, kerajaan dan juga rakyat.

Solidariti serta sokongan terhadap kerajaan Keluarga Malaysia terus meningkat dan ianya satu kejayaan bersama untuk Malaysia terus keluar dari masalah sebelumnya.

 

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.