PRESIDEN UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan didalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datok beberapa hari lalu menyatakan bahawa Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN).
Ucapan itu sekaligus menamatkan propaganda murahan pembangkang yang cuba melaga-lagakan kepimpinnan utama UMNO BN dengan memainkan isu Zahid bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya BN memenangi pilihanraya umum ke 15 gagal sama sekali.
Ketika ini Ismail Sabri dilihat mampu membawa BN ke Putrajaya selepas PRU 15 nanti yang mana dengan sokongan keseluruhan kepimpinan UMNO BN serta ahli-ahli gabungan untuk terus bekerja kuat demi memastikan hasrat itu tercapai.
Rakyat tekad kali ini akan mememilih parti yang dapat membela untung nasib mereka dimana telah merasai semua kepimpinan kerajaan dalam satu penggal ini selepas PRU 14(2018).
Semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), rakyat keseluruhannya mengakui melakukan kesilapan serta termakan dengan hasutan dan fitnah dari PH (PPBM, DAP, PKR, AMANAH) sebelum PRU 14 sehinggakan mereka dapat melihat sendiri bagaimana PH mentadbir negara dengan rakusnya.
Banyak janji-janji (manifesto) PRU 14 tidak ditunaikan seperti hapuskan PTPTN, Hapuskan TOL, menurun harga minya PETROL, Pendidikan PERCUMA dan pelbagai lagi yang GAGAL mereka laksanakan malah meminta rakyat mengikat perut untuk membantu kerajaan kerana kononnya.
Apabila Tun Mahathir meletak jawatan sebagai PM, ditambah dengan kerenah ahli politik PH, maka Mahathir mengarahkan Muhyiddin membuat langkah Sheraton dimana PPBM keluar dari kerajaan PH dan menubuhkan PN pada februari 2020.
Semasa PN mengetuai kerajaan selama 17 bulan lalu juga banyak perkara-perkara merosakkan negara sehinggakan mengadakan DARURAT separuh masak dimana ianya tiada keperluan ketika itu.
Dan semasa DARURAT itu belangsung, sebanyak RM 600 billion wang rakyat dibelanjakan yang mana kononnya membantu rakyat ketika pendamik covid 19 dan hakikatnya wang tersebut sebahagiannya dibelanjakan untuk membeli peralatan parti?
Bukti nyata ketika PRN Melaka dan Johor, mereka berbelanja besar dengan wang tersebut?