BANTUAN BANJIR TERENGGANU RM 2000 SETIAP KIR DIAGIHKAN FEBRUARI INI?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Terengganu amat terdesak aapabila wang yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 100 juta untuk membantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan akan disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dibawah pejabat PM.

Pada tanggal 21 Disember 2022 Anwar mengumumkannya RM 50 juta untuk Terengganu dan selebihnya untuk Kelantan ketika  mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, di Pasir Mas, Kelantan.

Manakala selepas kembali daripada bercuti di Auckland, New Zealand selam 10 hari sebelum itu, Menteri Besar Terengganu Dato'  Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan lagi bantuan tambahan sebanyak RM 1000 kepada semua mangsa banjir yang terlibat di seluruh Terengganu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/918614/bantuan-khas-tunai-rm1000-rm1000-untuk-mangsa-banjir-terengganu-metrotv 

Ini bermakna, rakyat Negeri Terengganu akan mendapat RM 2000 apabila bantuan khas itu disampaikan pada februari nanti yang mana telah diaturkan oleh kerajaan negeri dan selepas itu akan menerima dana khas untuk menyambut hari raya 2023.


INGAT.... TUNTUT HAK KITA SEBAGAI RAKYAT SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN KERAJAAN !!!

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.