SEJARAH JAWATAN PRESIDEN & TIMBALAN TIDAK DIPERTANDINGKAN OLEH UMNO


Dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO pernah  memutuskan tidak ada pertandingan jawatan no 1 dan no 2 nya.

Pada tahun 1996, bermula dengan cadangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hanya untuk jawatan no 1 tidak dipertandingkan. 

Manakala perwakilan mengemukakan usul baru yang dipersetujui oleh Tan Sri Ninam Shah, Pengerusi Tetap agar dimasukkan juga jawatan no 2 tidak dipertandingkan. PAU bersetuju. Ketika itu No 1, DS Dr Mahathir. No 2 DS Anwar Ibrahim.

2001, MKT bentangkan usul supaya tidak ada pertandingan No 1 dan No 2. Dr. Mahathir dan Pak Lah.  PAU bersetuju.

2023, tiada usul dari MKT, tetapi usul tambahan datang dari Perwakilan. Dibahas dan diundi. PAU bersetuju. No 1 DS Zahid Hamidi. No 2 Tok Mat Hassan. 

Walau bagaimanapun berbanding parti-parti politik lain, UMNO paling banyak berlaku perubahan pucuk pimpinan partinya.






Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.