BUKTI nyata bahawa tanah yang dulu-nya terletak bangunan mahkamah lama Kuala Terengganu kini menjadi milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila carian rasmi dibuat beberapa bulan lalu.
Desas desus kepimpinan kerajaan Pas Terengganu cuba mengambil alih beberapa banyak tanah rakyat untuk dijadikan milik kekal parti itu semakin jelas apabila geran tanah telah dikeluarkan kepada parti itu menerusi kroninya.
Jelas Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunnisa) menjadi pemilik tanah yang dipajakkan kepada 99 tahun yang mana tanah tersebut mempunyai nilaian yang sangat tinggi kerana ianya berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu.
Lot tanah berkenaan No. Lot 60768 yang berkeluasan 11299 meter persegi yang mana menjadi kerugian kepada rakyat Terengganu khas ya di Kuala Terengganu.
Dengan keluasan tanah yang ada itu, kerajaan negeri boleh membangunkan perumahan rakyat bertingkat didalam Bandar Kuala Terengganu akan tetapi mereka memilih untuk memberi kepada kroni mereka dan bukan rakyat.
Rakyat Terengganu harus bangkit mempertahankan hak yang telah di rompak oleh pihak politikus yang sentiasa mengambil kesempatan apabila mempunyai kuasa memerintah seperti PAS.
KRONOLOGI ROMPAKAN TANAH OLEH PAS TERENGGANU
SEMASA Pas menang pada tahun 1999-2004 dahulu dan saksikan penjelasan