PAS ROMPAK TANAH RAKYAT BERNILAI RM 29,000,000 JUTA?

 


KECOH rompakan tanah secara besar-besaran oleh PAS Terengganu dengan menggunakan kaedah kronisme yang melampau.

Sejarah PAS rompak tanah rakyat memang tidak dinafikan setiap kali PAS memerintah Negeri Terengganu dengan sesuka hati mengambil hak rakyat untuk dijadi milik sendiri.

Sebagai contohnya tahun 1999 hingga 2004 hampir 20 tahun dahulu ketika mentadbir Terengganu selepas meneng PRU ke 10 dimana telah merompak tanah kerajaan atau rakyat di sekitar bandar Kuala Terengganu khasnya yang mana mempunyai nilai eset yang tinggi.


Ketika itu PAS Terengganu menggunakan Koperasi PAS merompak tanah di Kuala Ibai yang kini terletak bangunan mydin Kuala Ibai, pernah merompak tanah menerusi koperasi yang sama tanah tapak Mahkamah lama Kuala Terengganu.

Tanah tersebut mempunyai nilai yang tinggi dan ketika BN mengambil alih Terengganu pada PRU 11 tahun 2004 telah mengambil balik tanah tersebut dengan kadar bayaran RM 9.0 juta nilai tanah ketika itu.


Tanah tersebut dijadikan eset kerajaan untuk pembangunan dimasa akan datang dengan nilaian tanah pada tahun 2020 bernilai RM29,000,000.00 juta.

Wang rakyat Terengganu sekali lagi dirompak oleh PAS untuk tanah yang berkenaan.

KINI menang PRU 14 dan memerintah Terengganu,  mereka semakin rancak merompak tanah rakyat demi kepentingan parti dan juga kroni-kroninya hari ini.

Tanah yang sama kini diberikan nama Dataran Khairunnisa' menjadi milik PAS Terengganu dengan di KRONI-KAN menerusi Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Bekas Wakil-Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunnisa') dengan kelulusannya oleh Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS Pusat.

Tanah tersebut diambil alih kerajaan pada 2004 dahulu untuk tujuan pembangunan kepada rakyat akhir dirompak kembali untuk kepentingan parti tersebut.

Diatas tanah tersebut kerajaan sebelum ini merancang untuk membina perumahan kos rendah kepada rakyat kawasan bandar Kuala Terengganu dan juga lot-lot perkedaian bagi pernigaan kepada rakyat Terengganu sudah dirompak PAS Terengganu hari ini.

Selain tanah tersebut, terdapat beberapa tanah rakyat lagi di Kuala Terengganu telah dirompak oleh mereka dan diantaranya tanah di Taman Purnama, Bukit Bayas, Kampung Kubang Buyong dan Kampung Bukit Kubang Jambu.

Rakyat Kuala Terengganu 70 peratus tidak mempunyai tanah dan rumah sendiri hari ini dan menumpang serta menyewa demi keselesaan kehidupan keluarga.

Selama hampir 5 tahun Pas menjadi kerajaan Terengganu, tiada satu pun projek perumahan untuk rakyat Kuala Terengganu apatah lagi untuk memberi tanah kepada rakyat, hanya yang ada tanah-tanah untuk kroni sahaja.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.