PAS Teregganu telah menyenarai pendek nama-nama calon pilihanraya negeri (PRN) ke 15 kali ini yang mana 80 peratus mengekalkan senarai sedia ada.
Menteri Besar Terengganu dari PAS juga bakal berubah dan Ahmad Samsuri Mokhtar bakal ditukarkan dengan calon MB baru.
Dikatakan nama mantan ADUN Jabi Dr. Azman Ibrahim yang disebut-sebut bakal mengantikan Samsuri jika PAS berjaya megegalkan Terengganu di bawah penguasaan PAS.
Menurut sumber dalaman PAS, Samsuri bakal berdepan dengan beberapa kes mahkamah selepas ini dan jika ianya diletakkan sebagai calon MB lagi akan mencalarkan imej PAS di mata rakyat Terengganu.
Sepertimana laporan Malaysia Gezette hari ini, Samsuri bakal dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa kes penjualan tanah kerajaan Terengganu sebelum ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau tidak tahu bila kes tersebut akan selesai.
”SPRM sedang melakukan dua kes berhubung tanah dijual yang diadukan mengatakan ada salah guna kuasa, pertama tanah yang dijual berhubung badan kebajikan ke persatuan isteri Exco, yang itu masih dalam siasatan.
"Kedua jual kepada Exco kemudian jual kepada badan lain lagi. Kedua-duanya kita ada buka kertas siasatan. Kita masih jalankan siasatan. Jadi jangan paksa kami siap (kertas siasatan) sebelum PRN pula, siasatan kita jalan cara adil, belum siap lagi apapun,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan sebidang tanah di kawasan bandar seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29.3 juta dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’) pada harga RM500,000.