VIDEO : EZZA DIHALANG UNTUK BERTEMU SAIFUL CALON KEMASIK MALAM INI?


PERANCANGAN Ezza isteri kedua Ir Saiful Azmi Suhaili malam ini terbantut kerana ceramah tersebut dikawal ketat oleh anggota Polis yang mana telah menjangkakan akan sebarang kemungkinan berlaku.

Tualr satu video Ezza melintasi pusat atau UDM PAS Kerteh yang mana sedang berlangsung ceramah memperkenalkan calon kepada jentera PAS Kerteh ketika ini.

Katanya ketika itu Pok Pin sedang berceramah, dan video perbualan Pok Pin ada disertakan sekali dibawah artikel ini.


Antara isi kandungan akuan itu, wanita yang beralamat di Kampung Tengah, Kertih itu mendakwa;

1.    Saiful Azmi didakwa menerima duit 'komisyen' atau rasuah dari wanita berkenaan bagi projek pembinaan dan naik taraf jalan-jalan di DUN Kemasik secara tunai.


2.    Dakwa wanita itu, Saiful Azmi telah membuat tuntutan palsu bagi menyeleweng dana kerajaan persekutuan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana untuk membina bangunan PAS di Kertih. Kosmo pada 8 Februari 2023 melaporkan, SPRM telah menahan 133 individu yang terdiri daripada pemilik dan pengarah syarikat berhubung penyelewe­ngan dana Penjana yang dianggarkan berjumlah RM194 juta.  

3.    Pejabat ADUN Kemasik telah diserbu pihak SPRM bagi menyiasat kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Penjana oleh pihak Saiful Azmi yang turut melibatkan syarikat adik Saiful Azmi.

4.    Pada tahun 2021, Saiful Azmi telah meminta wanita itu memfailkan perceraian dengan suaminya di mahkamah. Wanita itu mendakwa, Saiful Azmi berjanji untuk berkahwin dengannya kerana mereka berdua telah beberapa kali ‘terlanjur’ semasa berada di Kuala Lumpur. Selepas selesai proses perceraian dan tempoh iddah wanita itu tamat pada Mac 2022, mereka berkahwin di Golok, Thailand. Perkahwinan itu telah diuruskan oleh beberapa individu termasuk Ustaz Hasan Harun.


5.    Pada Oktober 2022, rahsia perkahwinan itu terbongkar dan diketahui oleh isteri Saiful Azmi iaitu Ustazah Husna Abdul Rahman. Dalam polemik itu, Ustaz Hasan Harun mendakwa perkahwinan antara wanita itu dan Saiful Azmi di Thailand tidak sah dan mereka tidak dibenarkan berjumpa.

6.    Wanita itu turut membuat laporan Polis terhadap isteri Saiful Azmi, Ustazah Husna yang didakwa menyebarkan ‘video lucah’ wanita itu bersama bekas suaminya.


7.    Selepas kejadian itu, wanita tersebut mendakwa dia gagal menghubungi atau berjumpa dengan Saiful Azmi bagi menyelesaikan isu perceraian antara mereka berdua.






Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.