CALON Pas N.29 Kemasik tular minggu lalu berkaitan dengan skandal PEMALSUAN TUNTUTAN Dana Penjana Ekonomi Negara atau PENJANA yang melibatkan tuntutan wang berjumlah RM 200 ribu lebih yang melibat sebuah syarikat milik adik beliau.
Menurut sumber, wang tersebut untuk dibangunkan sebuah bangunan milik PAS Kertih yang mana telah diberikan kepada seorang kontraktor tempatan. Wang tersebut telah dibayar kepada kontraktor sebanyak RM 100 ribu lebih.
Dalam masa yang sama, kontraktor tersebut juga telah disiasat SPRM dan telah dijatuhkan hukuman sebelum ini kerana bersekongkol membuat tuntutan palsu yang lain.
Selain itu, pendedahan seorang wanita yang dikenali sebagai Ezza Suria juga berlaku perkara diluar batasan (ZINA) yang mana melibatkan beliau dan calon PAS Kemasik (Ir Saiful Azmi)?
Dengan
pendedahan dua helaian surut akuan bersumpah itu menyatakan bahawa mereka telah
melakukan ZINA ketika wanita itu (Ezza) masih menjadi isteri orang yang mana
hanyut dalam GODAAN nafsu pak lebai.
AKUAN BERSUMPAH ‘SKANDAL’ BEKAS ISTERI DEDAH ISU RASUAH, SEKS DENGAN SUAMI ORANG
Bagaimanapun satu akuan bersumpah dua muka itu telah dibuat Wanita mendakwa isteri Ir Saiful Azmi itu mendedahkan wujudnya perlakuan rasuah, penyelewengan dana kerajaan dan skandal seks yang melibatkan bekas ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.
Saiful Azmi pernah menjadi wakil rakyat di DUN Kemasik antara 2018 hingga 2023 dan dilantik Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman. Beliau juga banyak dilantik ke jawatan BOD syarikat kerajaan negeri. Oleh itu PAS PN yakin Ir Saiful Azmi menang bertahan pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini.
APA ISI KANDUNGAN AKUAN BERSUMPAH ITU?
1. Ir Saiful Azmi didakwa menerima duit ‘komisyen’ atau rasuah dari wanita berkenaan bagi projek pembinaan dan naik taraf jalan-jalan di DUN Kemasik secara tunai. Semua ini selepas hubungan kawan kepada skandal kekasih.
2. Ir Saiful Azmi telah membuat tuntutan palsu bagi menyeleweng dana kerajaan persekutuan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana untuk membina bangunan PAS di Kertih.
3. Pejabat
ADUN Kemasik telah diserbu pihak SPRM bagi menyiasat kes tuntutan palsu dan
penyelewengan dana Penjana oleh pihak Saiful Azmi yang turut melibatkan
syarikat adiknya Azhan.
4. Pada tahun 2021, Saiful Azmi telah meminta wanita itu memfailkan perceraian dengan suaminya di mahkamah. Wanita itu mendakwa, Saiful Azmi berjanji untuk berkahwin dengannya kerana mereka berdua telah beberapa kali ‘TERLANJUR’ semasa berada di Kuala Lumpur. Selepas selesai proses perceraian dan tempoh eddah wanita itu tamat pada Mac 2022, mereka berkahwin di Golok, Thailand. Perkahwinan itu telah diuruskan oleh beberapa individu termasuk Ustaz Hasan Harun.
5. Pada Oktober 2022, rahsia perkahwinan itu terbongkar dan diketahui oleh isteri Saiful Azmi iaitu Ustazah Husna Abdul Rahman. Dalam polemik itu, Ustaz Hasan Harun mendakwa perkahwinan antara wanita itu dan Saiful Azmi di Thailand tidak sah dan mereka tidak dibenarkan berjumpa.
6. Wanita itu turut membuat laporan Polis terhadap isteri Saiful Azmi, Ustazah Husna yang didakwa menyebarkan ‘video lucah’ wanita itu bersama bekas suaminya.
7. Selepas kejadian itu, wanita tersebut mendakwa dia gagal menghubungi atau berjumpa dengan Saiful Azmi bagi menyelesaikan isu perceraian antara mereka berdua.
Selepas pendedahan akuan bersumpah ini jelas ia bukan sekadar isu rasuah dan masalah rumah tangga Ir Saiful Azmi tetapi tentang skandal isteri orang dan suami orang yang menyebabkan berlakunya ‘PERZINAAN’ atau terlanjur sebagaimana pengakuan wanita itu.
Ini bukan masalah kecil atau rumah tangga lagi. Bagaimana rakyat Kemaman sanggup bersekongkol dengan pemimpin membuat dosa perzinaan dengan isteri orang?. Ini sangat menjijikkan apatah lagi Ir Saiful dan PAS yang menggunakan agama dalam kempen mereka.
Apakah para
pengundi PAS, khususnya kaum wanita para ibu menyokong YB yang berskandal dan
berzina dengan bini orang sebelum dijadikan isteri?