PENDEDAHAN : TANAH KERAJAAN DI SAKAU ANAK BERANAK AHLI PAS BESUT?

 


BEBERAPA minggu lalu tular dalam media social berkaitan salah guna kuasa dari kalangan pimpinan PAS Terengganu yang mana telah menggunakan kuasa pentadbiran yang ada pada mereka sejak 2018-2023 lalu.

Ada diantaranya mengambil kesempatan diatas kuasa tersebut sedangkan ada dari kalangan rakyat sangat memerlukan apa yang pimpinan PAS dapat hari ini.

Kerajaan Pas Terengganu berulangkali berkata, mereka telah mengagihkan tanah kepada rakyat Terengganu bermula 2018 hingga 2023 sebanyak melulusakan permohonan tanah sebanyak 28,000 lebih lot tanah kepada rakyat?

SIAPAKAH rakyat yang dimaksudkan itu?

Sebelum 2018, kerajaan terangganu telah memberikan atau meluluskan permohonan tanah juga dimana  pada 2016 jumlah tanah yang diagihkan bagi kategori pertanian dan bangunan atau rumah ialah 974, 2017 (1,915), 2018 (793), 2019 (3,473), 2020 (5,173), 2021 (8,859) dan 2022 (9,962),” katanya Pengarah  Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

TUAN, PUAN, SAUDARA, SAUDARI tahukah siapa penerima tanah yang dilulusakan oleh kerajaan PAS Terengganu?

Sebagai contoh yang nyata, penyelewang ini berlaku yang mana dimonopoli pimpinan Pas Kawasan Besut yang diberi nama Che Dollah xxxxxx.



Beliau merupakan seorang pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan juga bertugas di Pejabat Penyelaras Dun, Ahli Majlis Daerah Besut serta Timbalan Pengerusi Tanah DUN Kuala Besut.

Selaku Timbalan Pengerusi Tanah Dun Kuala Besut sememangnya beliau tahu akan selok belok dan tanah kerajaan yang ada di daerah Besut.

Disamping itu dengan menggunakan jawatan yang ada, peluang beliau untuk merompak tanah kerajaan terbuka luas dengan menggunakan beberapa nama atau secara mudahnya menggunakan kuasa yang ada untuk memilih sesiapa sahaja (adik beradik, anak beranak) yang berkaitan dengan tanpa diketahui umum.

Sepertimana kawasan tanah yang diperolehi Che Dollah xxxxxxx ini di kawasan Durian Ubi yang mana telah melulusakan kepada 5 nama adik beradi, anak beranak yang sehaluan dengan nya seperti lampiran dibawah.

APA lagi yang perlu rakyat harapkan kepada Pas Terengganu? 28,000 kelulusan itu jikalau diselidiki betul-betul 90 peratus adalah ahli-ahli PAS seluruh Terengganu dan bukannya rakyat Terengganu yang memerlukan tanah tersebut.

BAK kate pepatah “Selagi aku berkuasa, akan ku agihkan kepada kroniku agar mereka terus menyokongku”.

Ayuh!!! rakyat Terengganu dan pengundi pada piliharaya negeri Terengganu kali ini kita sama-sama melakukan perubahan diatas kerakusan mereka merompak tanah kita sewenang-wenangnya.

Keseluruhannya pengundi di Terengganu seramai 930,894 orang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu dimana pengagihan tanah hanya 28,000 orang itu ahli PAS.

900,000 orang lagi pengundi tidak mendapat tanah dana pa-apa dari kerajaan PAS Terengganu hari ini. DIMANA KEADILAN untuk semua pengundi Terengganu.

Hanya mereka yang berada kiri dan kanan pemimpin Pas Terengganu yang mendapat nikmat dan laba politik.

Itu belum lagi masuk tanah-tanah yang diambil secara terang-terangan untuk kegunaan parti mereka sepertimana didedahkan media sebelum ini.







  1. https://www.malaysia-now.com/2022/09/wan-sukairi-harus-jawab-tanah-kerajaan.html
  2. https://www.malaysia-now.com/2022/09/proksi-wan-sukairi-amzad-dan-wahid.html
  3. https://www.malaysia-now.com/2022/09/tanah-wakaf-menjadi-rebutan-kroni-kroni.html
  4. https://www.malaysia-now.com/2022/10/siapakah-pemilik-tanah-wakaf-lot-1077.html
  5. https://www.malaysia-now.com/2022/09/proksi-wan-sukairi-amzad-dan-wahid.html
  6. https://www.malaysia-hot.com/2022/09/kroni-adun-wakaf-mempelam-mp-kuala.html?m=1

 


 

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.