HOSPITAL BAHARU KEMAMAN BAKAL MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT

HASIL PERANCANGAN YANG BAIK BARISAN NASIONAL UNTUK KESEJAHTERAAN  RAKYAT TERENGGANU KHASNYA DI KEMAMAN.

Hospital Kemaman yang baharu yang bernilai RM420 juta bakal menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat di daerah itu sekaligus mempengaruhi mutu perkhidmatan kesihatan di seluruh Terengganu.

Menurut bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kemudahan hospital baharu serba canggih dan moden seperti Hospital Putrajaya itu juga bakal menjadi pemangkin kepada pertubuhan ekonomi lebih pesat terutamanya dalam industri minyak dan gas di daerah ini yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Beliau amat berterima kasih terutamanya kepada bekas  Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana meluluskan permintaan penduduk Kemaman untuk memperoleh sebuah hospital baharu kerana hospital sedia ada sudah tidak dapat menampung pesakit setiap hari.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu pernah berkata, hospital setinggi sembilan tingkat yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 22 hektar itu akan mempunyai 300 katil.

Hospital itu juga akan menjadi satu hospital daerah yang besar di negeri Terengganu Darul Iman dan dengan adanya kemudahan hospital baharu itu Kemaman akan memiliki dua hospital kerana apabila hospital baharu siap, hospital sedia ada akan dijadikan sebagai Hospital Wanita dan Kanak-kanak.

BManakala hospital baharu pula, akan turut dilengkapi dua unit rawatan rapi (ICU) khas untuk kebakaran kerana risiko untuk berlakunya kebakaran sangat tinggi memandangkan industri petrokimia menjadi tunjang ekonomi Kemaman.

Selain itu pembinaan hospital Kemaman juga akan menaiktaraf perkhidmatan kepakaran sedia ada dari sembilan kepakaran kepada 20 kepakaran dan sub kepakaran di Hospital Kemaman sekaligus akan mengurangkan rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Tengku Ampuan Afzan  (HTAA) di Kuantan, Pahang.

Antara kemudahan lain yang tersedia adalah lapan dewan bedah, unit rawatan kritikal (CCU), pusat pemulihan rawatan jantung.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.